Terasa Baru Semalam Azam Baru… Kini Dah Sampai Penghujung
Tak tahu nak mula dari mana, tapi yang pasti… terasa macam baru je update pasal tahun baru dan azam, hari ni tengok kalendar — dah hampir hujung Disember. Sekejap sangat masa berlalu. Kadang-kadang kita rasa banyak lagi nak buat, rupanya dah sampai penghujung tahun.
Bulan Disember ni memang musim sibuk.
Mak ayah mula ‘mode persediaan sekolah’, cari baju, kasut, alat tulis, beg… yang baru masuk darjah satu pun dah buat kita rasa sebak.
Dalam masa sama, bau-bau raya pun dah mula datang, sebab tahun depan bulan puasa jatuh awal — Mac dah mula puasa, April raya.
Tapi satu soalan paling wajib bulan Disember:
“Dah ganti puasa ke belum?”
Kalau belum, inilah masanya. Jangan tunggu saat akhir, nanti panik sendiri.

Tahun 2025 ni… tak mudah.
Banyak fasa aku lalui dengan jiwa kosong. Ada masa rasa kuat, ada masa cuma nak lelap dan lupa semua.
Tapi hari ni… entah kenapa, rasa tu datang balik — semangat nak menulis, nak berkongsi, walaupun tak banyak. Dah lama cuba cari rentak. Kadang kita rasa kita okay, tapi hati masih belum pulih sepenuhnya.Mungkin sebab dah dekat hujung tahun, kita mula refleksi diri sendiri. Tengok balik azam yang dulu kita tulis. Ada yang tercapai, ada yang masih tergantung. Tapi tak mengapa, bukan semua benda kena sempurna.
Yang penting, kita masih di sini. Masih ada peluang untuk perbaiki. Masih boleh cuba lagi.
Harapan aku untuk tahun baru nanti —
Biar tak banyak azam, tapi biar hati lebih tenang.
Biar langkah lebih perlahan, tapi tetap menuju arah yang betul.
Dan biar tahun depan jadi tahun yang lebih ‘rasa hidup’, bukan sekadar lalui hari-hari tanpa rasa.
Terima kasih kepada diri sendiri, sebab masih bertahan.
Dan terima kasih kepada yang membaca, walau sekadar satu entri yang tak seberapa ini.
Moga 2026 hadir dengan cahaya baru untuk kita semua.


Sekejap je masa berlalu. Sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru.
ReplyDeletePost a Comment