Selamat Tahun Baru 2026: Buku Baru, Azam Baru

Tahun 2026 datang membawa harapan.
Buku baru dibuka, walaupun azam lama masih banyak yang carry forward, antaranya untuk turunkan berat badan. Sebenarnya agak susah sebab lemak terlalu berat hati untuk tinggalkan aku. Tapi tak mengapa, selagi masih ada peluang, kita cuba lagi.
Tahun ini, wish list aku ringkas saja — untuk lebih dekatkan diri dengan Allah SWT.
Nak belajar Al-Quran dengan lebih baik, tambah ilmu agama walau sedikit demi sedikit, dan yang paling penting… berbuat baik kepada mak, satu-satunya insan yang masih ada selepas kehilangan besar tahun lalu.
Kenangan paling tak dapat dilupakan:
Awal tahun 2025, kami dikejutkan dengan kemalangan yang menimpa mak dan arwah ayah.
Ketika itu, Allah SWT kejutkan kami dari lena panjang — betapa segala-galanya dalam genggaman-Nya.
Dan akhirnya, pada 23 April 2025, ayah ‘dipanggil pulang’.
Satu kehilangan yang terlalu besar untuk diungkap.
Sukar, sunyi, dan terasa kosong.
Kini hanya mak yang tinggal — tempat kami tumpahkan kasih yang masih bersisa.
Tahun ini juga, kesihatan diuji. Lemah, jatuh, bangun semula.
Alhamdulillah… menjelang akhir tahun, Allah beri semula nikmat sihat — semoga ia berpanjangan dengan izin-Nya.
2026, aku datang dengan hati yang baru.
Lebih reda, lebih kuat, dan semoga lebih dekat dengan Tuhan.



Post a Comment