🕯️ Perjalanan Terakhir Seorang Ayah - Mat Saad bin Samsuddin (1954-2025)
.jpg)
23 April 2025
Petang & Maghrib: Ayah mengadu sakit dada kepada kawan baiknya semasa mereka berdua berborak. Disebabkan arwah memang selalu pedih dada, jadi habis disitu.
10:30 malam: Ketika video call bersama abang dan adik, ayah kembali muntah dan mengadu sakit dada. Makcik tiba di rumah untuk membawa ayah ke hospital. Ayah bangun dan melangkah sendiri ke kereta — langkah terakhirnya meninggalkan rumah dalam keadaan masih bernafas.
11:04 malam: Sepupu memaklumkan ayah pengsan dalam kereta. Hati ini tak sedap. Melalui video call, ayah kelihatan tidak sedarkan diri 😭. Kami hanya mampu berharap arwah pengsan. Perjalanan diteruskan ke hospital.
11:20 malam: Tiba di Jabatan Kecemasan Hospital Jitra. Ayah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
(Shida demam selesema dan MC pada hari ini - lemahnya badan)
.jpg)
24 April 2025
12:12 pagi: Shida di Cheras, Adik di Ipoh, dan anak saudara dari Taiping memulakan perjalanan pulang ke kampung. Pada waktu, hidup rasa kosong.
2:30 pagi: Jenazah ayah selamat tiba di rumah, telah dimandikan dan dikafankan. Kepulangan ayah hanya sebagai jasad. Tak dapat menggambarkan perasaan mak ketika ini, ayah pergi bernyawa selepas 3jam hanya jasad ayah yang pulang.
3:50 pagi: Kami selamat tiba di kampung, di ikuti adik. Jasad ayah menyambut dalam diam, tanpa kata. Luluhnya hati ini tengok ayah terbaring tanpa kata.
10:30 pagi: Allah S.W.T. permudahkan urusan ayah. Van jenazah tiba untuk membawa ayah ke masjid untuk disolatkan dan dikebumikan.
11:45 pagi: Jenazah ayah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Gurindam.
.jpg)
28 April 2025
10:00 pagi: Urusan rasmi selesai – pemotongan kad pengenalan dan pengeluaran sijil kematian di JPN Kedah, pembukaan akaun untuk mak di BSN, serta pemakluman kematian kepada pihak MADA & LHDN.
.jpg)
.jpg)
29 April 2025
Abang mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan menyambung segala usaha yang pernah dilakukan oleh arwah ayah — sebagai warisan dan amanah terakhir.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه"Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, dan maafkanlah dia."Sampaikanlah pahala bacaan dan doa ini buat ayahku tercinta.Ampunilah dosanya, kasihanilah dirinya, lapangkanlah kuburnya, dan terimalah segala amal kebaikannya.Tempatkanlah ayah dalam kalangan hamba-hamba yang Engkau redhai dan kasihi, ya Rabb.
Al-Fatihah buat Mat Saad bin Samsuddin.
Post a Comment