Ebook | One and Only oleh Jasmin Adira


Judul Buku: ONE AND ONLY
Pengarang: Jasmin Adira
Kategori: eBook
Halaman : 81 bab
Tahun Terbit: 2026

Tunku Alqaf Zayne sudah lama menyimpan perasaan terhadap Haneen Qistin walaupun sering ditolak. Selepas Haneen melalui pelbagai kehilangan dan hidup dalam kesedihan, Alqaf kembali hadir sebagai seseorang yang sentiasa ada untuknya.

Hubungan mereka semakin rapat, namun Haneen sebenarnya menyimpan rahsia besar yang membuatkan Alqaf menolak permintaan Haneen untuk berkahwin dengannya. Dalam perjalanan memahami luka dan perasaan masing-masing, mereka mula sedar bahawa cinta yang disimpan selama ini mungkin adalah satu-satunya cinta yang benar dalam hidup mereka.
 

Pada pendapat Shida, keseluruhan kisah One And Only sesuai dijadikan bahan bacaan santai kerana tiada unsur ganas atau keterlaluan dan jalan cerita juga ringan untuk diikuti. Namun, jalan ceritanya terasa agak terlalu santai dan ada beberapa bahagian berlaku secara tiba-tiba, seperti plot Haneen mengandung yang kurang dibina dengan mendalam.

Selain itu, cara Tunku Alqaf Zayne bercakap dan membahasakan diri kepada isterinya juga terasa agak kasar bagi Shida, walaupun mungkin itu sebahagian daripada karakter dirinya dalam cerita.

Secara keseluruhan, cerita ini masih menarik untuk dibaca bagi peminat genre romance ringan dan emotional.

Rating: 3/5 ⭐

Post a Comment

Next Post Previous Post