Hari Perkahwinan Firdaus & Fatehah: Kenangan yang Akan Terus Terpahat


Alhamdulillah, pada 28 dan 31 Jun 2026 yang lalu, berlangsungnya majlis perkahwinan adik Shida, Firdaus, bersama pilihan hatinya, Fatehah. Syukur ke hadrat Allah kerana segala urusan dipermudahkan dan majlis dapat dilaksanakan dengan lancar.

Shida berpeluang menghadiri majlis akad nikah serta kenduri menyambut menantu. Walaupun tempoh persediaan dan perjalanan majlis agak memenatkan, ia tetap menjadi antara kenangan yang sangat berharga dalam kehidupan. Momen melihat dua insan disatukan dalam ikatan yang halal, dikelilingi keluarga dan saudara-mara, adalah satu nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Di sebalik kemeriahan majlis, banyak usaha dan pengorbanan yang dicurahkan oleh ahli keluarga serta saudara-mara. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua yang telah membantu, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga kepada saudara-mara yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang tempoh persediaan sebelum majlis berlangsung.

Penghargaan yang istimewa ditujukan kepada Mak Cik, Mak Njang (adik Mak) yang menjadi antara individu paling penting sepanjang proses persiapan, tak lupa juga sepupu dan saudara lain. Segala tenaga, masa, buah fikiran dan bantuan yang diberikan amatlah dihargai. Tanpa mereka, banyak perkara mungkin tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya.

Namun, seperti mana-mana majlis besar yang melibatkan ramai pihak, ada juga pelbagai cabaran dan ujian yang ditempuhi semasa dan selepas majlis berlangsung. Hanya Allah yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Apa jua yang berlaku, semoga semuanya menjadi pengajaran, pengalaman dan asbab untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Semoga perkahwinan Firdaus dan Fatehah sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan, ketenangan, rezeki yang melimpah serta zuriat yang soleh dan solehah. Semoga ikatan yang dibina ini kekal hingga ke syurga.

Tahniah buat Firdaus dan Fatehah. Selamat melayari bahtera rumah tangga dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. ❤️

"Penat itu akan hilang, tetapi kenangan dan kasih sayang yang terjalin sepanjang perjalanan ini akan terus kekal dalam ingatan."


Perangai tak semengah dua beranak, juru gambar yang masuk air - ayahnya. kbye!

#al-fatihahayah

Post a Comment

Next Post Previous Post