
Judul Buku: ALTAF'S SAVIOUR
Pengarang: starryglossie
Kategori: eBook
Halaman : 77 bab
Tahun Terbit: 2023
Mengisahkan Altaf, seorang lelaki yang tidak diakui oleh ayah kandungnya kerana disangka anak kepada isteri yang tidak dicintai, sedangkan hakikatnya dia adalah anak kandung daripada perkahwinan dengan wanita yang benar-benar dicintai.
Iema pula adalah gadis kampung yang rela mengorbankan impiannya demi keluarga. Takdir menemukan mereka dan membawa kepada perkahwinan. Namun ujian datang bertimpa — kematian ayah Iema, dugaan daripada bapa mentua, dan akhirnya terbongkarnya kebenaran tentang asal-usul Altaf.
Di sebalik segalanya, Iema diuji hebat apabila salah seorang anak kembarnya terkorban ketika menyelamatkan ayah mertua. Kisah ini sarat dengan konflik keluarga, pengorbanan dan kasih sayang yang diuji waktu.
Altaf’s Saviour memaparkan kisah cinta, pengorbanan dan konflik keluarga yang penuh emosi. Jalan ceritanya menyentuh nilai kasih sayang, ketabahan dan kekuatan seorang wanita menghadapi ujian hidup. Watak Altaf dan Iema menunjukkan bagaimana cinta yang tulus mampu mengatasi konflik, rahsia dan keperitan. Penceritaan yang dramatik dan menyayat hati menjadikan kisah ini menarik bagi pembaca yang gemar elemen keluarga dan romantik.
Secara keselurahan, Shida suka sikap manja seorang isteri, Iema terhadap suaminya. Tetapi bila setiap masa plot manja, jadi boring pula.
Rating: ⭐⭐☆☆ ☆ (2/5)
Post a Comment