
Ayam Masak Kicap
Resepi Ayam Masak Kicap yang mudah disediakan dan sangat sedap rasanya. Pasti ramai yang menggemari ayam masak kicap, dan terdapat pelbagai versi cara untuk memasaknya. Apa yang penting, kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis, dan pedas secukup rasa.
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam
- garam
- kunyit
- 1 mangkuk minyak
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos romato
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap Mudim
- cili merah
- sedikit air
- 2 sudu besar air asam jawa
- bawang besar, hiris bulat
- tomato
Bahan tumbuk halus:
Cara Penyediaan:
Tip:
Untuk dapatkan rasa masak kicap yang sedapp! Lebihkan minyak dalam tumisan kerana kuah masak kicap mesti pekat berminyak. Thumps Up!
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- 2 inci halia
Cara Penyediaan:
- Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
- Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Minyak gorengan ayam tadi. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketika.
- Masukkan pula kicap, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air.
- Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sehingga bawang sedikit layu dan padam api.
- Angkat dan hidang bersama daun bawang dan cili yang dipotong.
Tip:
Untuk dapatkan rasa masak kicap yang sedapp! Lebihkan minyak dalam tumisan kerana kuah masak kicap mesti pekat berminyak. Thumps Up!
Post a Comment