Tragedi Januari 2025

Ya! Selalu kita akan bercakap tentang Tragedi Oktober, kali ini dalam kehidupan Shida Tragedi Januari, 03.01.25 10.22 pagi akan menjadi sejarah yang akan sentiasa di ingat dan takkan pernah dilupakan. Sejarah yang merubah kehidupan keluarga kecil kami, termasuk emak & ayah dicintai.


Kejadian berlaku pada hari Jumaat, 03.01.25 pada jam 10.22 pagi selepas mak dan ayah pulang dari membeli ikan di pasar. Dalam perjalanan pulang, ayah terasa hendak membuang air, maka emak mencadangkan untuk berhenti di tandas Petronas sebelah kanan jalan. Ayah memaklumkan telah melihat dan tiada kenderaan sebelum menyalakan signal dan beransur ke tengah jalan. Berkehendak Allah S.W.T, kereta entah dari mana datang merempuh mereka berdua yang pada waktu itu dalam keadaan sedia selepas kereta lain dari arah bertentangan melepasi mereka.



Impak kemalangan itu, menyebabkan ayah yang masih memegang handle moto terseret bersama moto ke sisi jalan mengalami luka di bahu, siku dan paha, serta sakit dada sebelah kanan impak dari terkena handle moto. Manakala emak, 😭 terlambung ke sisi jalan dan terhempas. Malang bagi emak, helmet tercabut semasa melambung tu dan menyebabkan koyakan pada sisi kepala (atas telinga) dan menerima 8-9 jahitan, tulang sisi mata retak, dan luka atas kening, bahu dan paha sebelah kanan. 













Emak dan ayah telah dibantu pada mulanya oleh orang-orang sekitar yang berada di tempat kejadian sebelum APM, Anggota Pertahanan Awam Negeri Kedah Daerah Kubang Pasu dan Hospital Jitra. 2 ambulans bagi membawa emak dan ayah. Terima kasih!

Setibanya di Hospital Jitra, keduanya telah xray dan tiada sebarang patah pada anggota badan emak dan ayah. alhamdulillah.. namun kedua-dua mereka tidak menunjukkan reaksi yang baik. Emak dan ayah di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk ctscan. Alhamdulillah, ayah semuanya baik. Hasil ctscan, kepala emak terdapat pendarahan sebesar penumbuk. Allahuakhbar.. tak kuat.

Sehingga hari ini, 07.01.25 emak masih tak mengingati anak-anak, malahan suaminya sendiri. Allah, angkatlah segala penyakit emak dan ayahku dari dunia ni, dan sembuhkanlah mereka agar dapat melihat aku berjaya di dunia dan akhirat. Sesungguhnya kuatkanlah diri ku untuk menghadapi ujianMu ini ya Allah.

Rentetan perjalanan akan di update dari masa ke semasa. Love you mak ayah. Cepat sihat kembali, cek tadak kawan sembang.

Post a Comment

Next Post Previous Post